00:00.0
00:08.0
Angkatan Tentera telah mengesahkan laporan bahwa Abu Dar al-Maranao adalah emir baru ISIS di Asia Tenggara.
00:08.1
00:12.0
Dia menggantikan Isnilon Hapilon yang terbunuh di pertempuran di Marawi.
00:13.0
00:20.0
Abu Dar telah berjaya melarikan diri dari Marawi. Dia dilaporkan membawa bersama sejumlah wang yang besar, yang dicuri dari kota itu.
00:20.1
00:24.0
Pihak berkuasa mengesyak, wang itu digunakan untuk merekrut anggota baru kumpulan Maute.
00:25.0
00:38.0
Ketua kumpulan Maute, Abdul Naser Lomondod baru ditangkap di Divisoria, Manila; menurut Pakar Keselamatan, Prof. Rommel Banlaoi, pihak polis dan tentera harus memperbaiki cara pengumpulan intelijens.
00:38.1
00:42.0
Kita perlukan lebih banyak kesinambungan intelijens di antara pihak-pihak berkuasa.
00:42.1
00:51.0
Yang menyedihkan adalah, sesetengah agensi intelijens menyembunyikan maklumat daripada agensi intelijens yang lain, dan kita perlu mengatasi dilema seperti itu.
00:51.1
00:52.0
Mereka di sini untuk merekrut.
00:52.1
01:00.0
Merekrut lebih banyak pengikut di Metro Manila kerana mereka percaya, Metro Manila patut di tukar kepada sebuah negara Islam.
01:00.1
01:05.0
Lebihan anggota kumpulan Maute mungkin akan mendapati adalah sukar untuk mereka menyerang dan mengepung bandar lain.
01:05.1
01:08.0
Tapi Banlaoi memberi amaran yang ancaman masih ada.
01:09.0
01:21.0
Kemungkinan untuk serangan ‘lone wolf’ juga sangat tinggi kerana mereka mempunyai cara untuk menggalakkan personaliti untuk melancarkan serangan semacam itu melalui media social.
01:21.1
01:31.0
Selain dari kumpulan Maute, pihak berkuasa juga mesti memberi perhatian kepada lebih dari dua puluh kumpulan bersenjata di dalam negara yang telah berbai’at kepada ISIS.